7 sebab anda perlu test drive kereta Proton | No 6 buat anda kuyakkkk...
- Mata Ninja 7
- Jun 11, 2017
- 3 min read
Proton melalui hari-hari yang getir dalam sejarah penglibatannya dalam dunia automatif. Terbaru , Pegangan saham Proton telah dijual sebanyak 49.9% dengan syarikat automotif dari negara China iaitu Geely . Satu libasan paling hebat buat Proton selepas lebih 30 tahun menjadi syarikat kereta Nasional Malaysia. Rumusan daripada apa yang berlaku hari ini ,sebenarnya ia menampakkan kelemahan dan kelebihan Proton di mata rakyat Malaysia.
Silap siapa? salah siapa? bukan lagi menjadi isu . Namun ianya sebenarnya satu peredaran masa untuk Proton menjadi lebih dewasa. Jangan gusar dengan apa yang terjadi ketika ini kerana Proton sebenarnya bernafas lebih laju untuk mengejar kepantasan ekonomi global. Teknologi dan kualiti Proton sejajar dengan usianya dalam arus persaingan dunia dan bukannya di Malaysia lagi.
Menjadi Hak rakyat Malaysia untuk mengukur keupayaan Proton sejak pengeluar pertama model SAGA tahun1985. Dan hari ini sebelum pengurusan bertukar tangan dengan kuasa asing sekali lagi New SAGA dilahirkan oleh Proton. Apa yang anda lakukan? anda leka memandu laju kereta jenama lain diluar sana tanpa melihat dan memandu uji kereta Proton warisan negara anda . Sebenarnya Proton telah jauh berlari untuk mengejar puluhan produk automotif yang lahir di dunia lebih 100 tahun dari usianya.
Kenapa anda perlu memandu uji kereta Proton sekarang sebelum memilih kereta jenama lain? ada 7 sebab anda perlu tahu kerana ianya setanding dengan kereta import yang lain tanpa anda sedari selama ini. Anda pasti berasa "wow" setelah memandunya. paling utama carilah jurujual yang mementingkan kualiti daripada kuantiti untuk anda berurusan. Pilihlah perkhidmatan terbaik daripada ganjaran saguhati yang boleh membutakan hati anda dengan Proton selepas jualan berlangsung.
1. Rekabentuk luar dan dalaman menghampiri titik persamaan dengan kereta Japan
Sila Perhatikan bahagian luaran Wings Proton , headlamp , side miror dan bonet depan belakang. Masukkan ke dalam kereta perhatikan dashboard , door trim dan steering. Anda pasti kagum bila anda bandingkan dengan era Proton Waja dan Wira.
2. Memiliki 6 biji airbags umpama anda berada di kopit kereta sport car
Jika suatu kenderaan memiliki 6 biji airbags , bermakna ianya menghampiri kereta yang selamat di atas jalan raya. kenapa? sebab kereta Proton telah melepasi ujian pelanggaran daripada ANCAP dan mendapat 4-5 bintang dari mereka.
3. Ada kuasa turbo macam memandu lori memiliki 12 biji tayar tanpa muatan
Model kereta Proton yang memiliki turbo pasti teruja memotong kenderaan semasa mendaki bukit. Lebih pecutan berbanding kenderaan lain pada permulaan garisan. Anda hanya boleh memiliki kenderaan baru yang memiliki kuasa padu turbo pada harga RM150k ke atas. Tetapi dengan Proton harga RM69k anda telah memiliki kenderaan mempunya pecutan turbo.
4. Merasai sentuhan 5 teknologi pengeluar kereta dunia , Mitsubishi, Honda , Suzuki, Renault dan Lotus
Bertuahnya anda dengan membeli Proton sebenarnya memiliki 5 jenama antarabangsa lain. Setiap model Proton ada cerita disebalik kerjasama dengan pengeluar automotif dunia. Tahukah anda rekabentuk headlamp Iriz dan vendornya sebenarnya daripada team honda? ya, banyak yang tidak tahu.
5. Kehendak anda pasti dipenuhi sebuah kereta idaman dengan harga yang kompetitif
Harga FULL SPEC model Persona iaitu RM60k telah memiliki features sebuah kereta import yang berharga RM80-90k. Kenapa bayar lebih untuk menikmati pengalaman yang sama. Takut kualiti tidak setanding dengan kereta import? jangan risau Proton memberi 5 tahun jaminan ke semua modelnya di pasaran. Tidak cukup dengan itu, Proton memberi 5 tahun service percuma lagi kepada pelanggannya. Tujuan adalah mendidik pelanggannya untuk datang ke pusat service proton dan bukannya workshop tepi jalan . Bukan untuk merendahkan mekanik luar , cuma teknologi yang ada pada proton kini tidak ramai tahu bagaimana ianya berfungsi. Zaman kaberator sudah berakhir, semua sistem dan kompenan telah dilengkapi dengan penggunaan komputer.
6. Silalah buat ketuk-ketuk manja atau menutup pintu kereta untuk menikmati bunyian keluli padat
Tiada lagi kedengaran bunyi umpama mengetuk tin Milo. Sila datang ke bilik pameran untuk menguji sendiri lapisan keluli kenderaan Proton. Anda pasti berpuas hati dengan bunyi dentuman pintu model kereta yang ada sekarang.
7. Tukar mindset anda bahawa sebenarnya Proton tiada masalah power window lagi
Pengalaman sedih abang-abang teksi sudah berakhir dengan masalah power window. Tiada lagi masalah cermin tingkap tidak dapat tutup selepas zaman model Preve diperkenalkan. Kini Proton memberi jaminan 10 tahun setiap model yang dipasarkan.
Comentarios